Read perempuan yang patah hati by Rasyidah Othman Shafiq Halim Online

perempuan-yang-patah-hati

Perempuan Yang Patah Hati merupakan buku kumpulan sajak pertama oleh Rasyidah Othman. Mengandungi sajak-sajak dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta beberapa ilustrasi oleh penulis.Nota: Edisi kedua dengan kulit depan baru (seperti yang dipapar) mengandungi beberapa sajak tambahan....

Title : perempuan yang patah hati
Author :
Rating :
ISBN : 13548453
Format Type : Paperback
Number of Pages : 39 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

perempuan yang patah hati Reviews

  • Ophan Bunjos
    2018-10-31 19:26

    Rasyidah Othman seolah terlihat di mana-mana. seolah dia memenuhi ruang-ruang di arena cakrawala. dia bisa saja jadi bintang, bulan, langit, hujan, aurora, senja, matahari, puing-puing, malah mendekati tuhan dengan caranya.kita akan membaca puisinya seperti kita diminta untuk turut sama bermimpi. atau paling tidak seperti seorang penyimpan mimpi-mimpinya. seperkara lagi, kita dipinta berdoa kepada tuhan untuk cinta. bukankah di dalamnya kita diajar tentang satu perkara bahwa tuhan itu dekat amat dengan orang-orang yang patah hatinya? jadi jangan risau dengan kecewa atau risau tuhan tidak membalas doa kita. berdoa lah seperti kita bermimpi.Rasyidah Othman lebih dari seorang perempuan yang patah hati, dia mengombal, memohon, merintih, mencintai dan kadang-kadang mendengus perlahan. ini tidak cukup untuk kenal dia. dia sering berubah seperedar kehidupannya yang siur." Kerana aku ini hanyalah separuh dari perempuan-perempuan yang deritanya menggulung ke syurga, dan berpura-pura menjadi utuh "

  • Api
    2018-11-08 17:20

    Perihal kejatuhan dan patah hati ini umpama aliran air sungai yang tak akan berhenti. Ia akan terus mengikut salurnya hingga tiba ke laut yang lebih luas, punya rasa berbeda dan kondusinya jua tidak dapat diduga. Selagi mana bumi ini masih ujud, selagi itu juga hati masih punya pelbagai nuasa cerita.Aku suka penulisan Rasyidah Othman dari segi lenggok bahasa, kosa kata dan bait-bait yang membuatkan aku lebih dekat dengannya. Maksudnya, puisi-puisi itu aku mampu untuk faham dan hadam sebaiknya. Jadi, aku look forward karya beliau yang seterusnya.

  • Fraja
    2018-11-03 20:21

    Penggunaan bahasa yang elegan. Sesetengah manusia mungkin akan memperlekehkan perasaan patah hati, tetapi cuma manusia yang pernah patah hati mampu memahami isi anekdot buku ini. Terpana."Rangga, cinta ini memang sedemikian dukanya. Kita akan sering kehilangan orang-orang yang kita cintai. Mengapa - kau tanya?Kerana Tuhan selalu dekat dengan orang-orang yang patah hati."

  • Zoul Yazix
    2018-10-17 19:10

    Pinjam dari Buku Jalanan, dan Perewa cakap "Zikri cakap (yang maksudnya lebih kurang begini) Rasyidah bazirkan kemampuan menulis dan berbahasanya dengan menulis benda benda kosong". Mungkin beliau adalah jenis orang yang mahu dapat satu benda yang baru dalam setiap bacaan. Aku baca, dan aku rasa hey, orait lah! Walaupun setuju dengan Zikri, tapi kebolehan penulis menyalurkan emosinya dalam puisi juga kita perlu puji.

  • Anna Matt Cobb
    2018-10-24 16:29

    Pertama kali membaca RO dari Jargon, kemudian mengikut ke alam maya. Tahun lepas, buku ni antara yang membuatkan aku berdebar kalau-kalau tak sempat sampai ke tangan. Aku adalah antara manusia yang menjadikan status kewangan Pos Malaysia melonjak kerana jarang ke event, jadi akan beli melalui pos. Aku suka lenggok bahasa RO. Aku jatuh, dan cinta sama RO. Kompilasi ni ada rasa. Ia gusar yang menenangkan untuk aku. Kerana ya, aku suka RO.

  • Johan Radzi
    2018-11-13 19:01

    aku anggap sajak-sajak mediocre. barangkali aku bukanlah mamat yang selalu sedih atau dirudum kesedihan-kesedihan dunia.sajak kesukaan: when i dream of God, Kerana aku ini Qays yang rindukan bulan (thumbs up), please let me be your aurora in the sky, surat III: Leonard (juga baik), kerana ianya hanya sebuah mimpi, dan kerana kesedihan dan kerinduan ini, tidak akan pernah mati, qays.

  • Ainunl
    2018-10-28 15:12

    Kalau anda adalah seorang perempuan, dan anda telah dipatahkan hatinya, maka buku ini sesuai jadi kitab pendamping. penyajak telah menerbangkan kita ke langit, ke dada bulan dan membiarkan kita jatuh melayang , menjunam ke bumi sesudahnya.oh!

  • amandaRogayah
    2018-10-15 18:05

    aku baca toska dulu sebelum buku dan ya tulisan Rashidah selalu buat aku jatuh cinta.

  • Sang
    2018-11-03 15:18

    Gelap-gelap grafik kulit buku ini, gelap lagi isinya. Ia simbolik yang berketepatan. Jika kiranya penulis dilimpahi warna-warna selain hitam dan putih, mungkin tulisan ini saya campak ke longkang sahaja. Tetapi tidak, perlambangan 'hushed star', 'cherub' dan 'manusia bertopengkan pelbagai binatang' contohnya, semua itu terasa sangat dekat dengan jiwa. Akhirnya, saya memuja penulis.

  • Umiko
    2018-10-26 20:25

    Kalau orang tanya perasaan aku ketika ini. Lalu aku hulur buku ini, kerana bibir ini sudah lelah untuk bicara, mata ini sudah kering airnya.Ya. Aku baca setiapnya lalu menangis.

  • Syamsul Fitri
    2018-10-21 15:05

    :D / :(

  • Abdullah
    2018-11-03 17:21

    Rasyidah ada 'tune' sendiri. Saya terasa sedang dekat dengan tuhan ketika (baca buku) ini.

  • Farah
    2018-10-17 14:12

    siapa tau mana nak cari/beli buku ni?

  • Mohamad Faris
    2018-10-15 19:23

    Kalau kamu pernah patah hati dalam percintaan, kamu kena baca puisi Rasyidah Othman ini.

  • Damia Afandi
    2018-10-17 20:11

    Bagi aku buku ini memang best sebab dekat dengan aku. Ada persamaan di situ. Buku yang boleh dibaca berulang kali.

  • Afnansyah
    2018-10-17 18:12

    To love and be loved, the meaning of loss whether on purpose or not. Universal meaning of love that can be anything..

  • Atikah Hanafi
    2018-11-06 16:28

    Mungkin buku ini terasa lebih dekat dengan aku kerana sesuai dengan hati dan kesihatan jiwa aku sekarang.Masih dalam penghayatan.

  • Nazrul Noorzan
    2018-11-04 15:27

    Aku juga tertanya-tanya, siapa Qays? Kerana acap kali juga nama Qays disebut-sebut dalam beberapa rangkap puisi. Dan aku, dapat rasakan, hati itu, patah.

  • Mobyskine
    2018-11-06 14:17

    Mungkin juga aku tidak faham perasaan hati orang yang sedang patah hati.Ya, mungkinlah.